BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jam Islamic

Anda Pengunjung Yang Ke

Profile Syarikat

Foto saya
KOTA DAMANSARA, SELANGOR, Malaysia
Di butik kami terdapat pelbagai koleksi pakaian. Kami juga mengambil tempahan kemeja & t-shirt samada direka sendiri atau rekaan yang dihasilkan oleh pihak kami.

Pengertian Design Baju

JENIS-JENIS KAIN.


Jenis kain yang untuk membuat ialah :-

1) Tetra cotton (TC)
Bukan 100% cotton (utk yg inginkan bajet rendah). Walaubagaimanpun, kain ini biasanya akan tahan lama sebab susah untuk stretch.

2) CVC/Lacoste
Kain campuran antara polyster dan cotton. Kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari TC. Biasanya untuk baju berkolar sahaja dan sesuai untuk dijadikan t-shirt formal.

3) Cotton 100%
Jenis kain ini yang paling mendapat sambutan kerana sangat lembut dan selesa.

4) Microfiber
Sesuai untuk sukan dan aktiviti luar dan agak mahal dari kain TC, lacoste dan cotton.

5) Interlock
Kain yang berkualiti kerana kain ini jenis tebal, tetapi lembut dan tidak panas. Sesuai untukdipakai di dalam dan luar bangunan. Ianya utk anda yang mementingkan keselesaan dan kualiti.


Terdapat DUA jenis design t-shirt iaitu:-

1) Ready Made

T-shirt kosong sedia ada di Addini Butik. T-shirt jenis ini murah kerana anda boleh buat pilihan melalui catalog dan kami akan mengambil stok sedia ada dan hanya print mengikut design anda.

2) Custom Made

T-shirt ini dijahit mengikut kehendak anda. Kami memerlukan minimum 30-50 tempahan untuk custom made. Sekiranya warna/design yang anda mahukan tiada dalam katalog, ‘custom made order’ akan dibuat utk anda.



MACAMANA NAK DESIGN T-SHIRT

• Bagi silkscreen printing, kebanyakan pembekal t-shirt printing memerlukan design yang dihantar berbentuk Adobe Illustrator (.ai).

• Ianya bertujuan membuat blok printing, iaitu semua warna yang ada pada design perlu diasingkan. Design yang dihantar dalam bentuk .jpeg adalah rumit kerana setiap warna yang ada tidak boleh diasingkan dan sukar untuk buat blok.

• Oleh itu, syarat penting untuk anda yg berminat ialah setiap design yang dihantar mestilah dalam bentuk .ai.

• Bagi transfer printing, heat transfer dan embroidery, design yang dihantar tidak perlulah dalam bentuk .ai. Design boleh dihantar dalam apa jua format seperti .ps, .jpeg dan lain-lain. Ini adalah kerana proses pengasingan warna tidak perlu untuk printing jenis ini.


MENERIMA PEMBAYARAN & MENENTUKAN TARIKH PENGHANTARAN

Kaedah pembayaran boleh dibuat melalui:-

a) Maybank2u
b) Cash
c) CIMBClicks

Selain itu pihak kami akan menentukan tarikh penghantaran barang kepada pelanggan. Berikut adalah cara penentuan yang kami gunakan:-

a) Tempoh tempahan dapat disiapkan dalam tempoh 2 minggu (bergantung
kepada lokasi anda)

b) Sekiranya urgent order, kami perlulah mendapat persetujuan
daripada pembekal sebelum bersetuju menerima tempahan dari
pelanggan. Ini adalah untuk memastikan pembekal mempunyai kemampuan
untuk menyiapkan tempahan dalam yang diinginkan pelanggan.




Sila Isi Form Ini Untuk Tempahan

Jenis Pembelian Busana Muslimah
Jeans
Design T-shirt
Kerongsang
Kain Ela
Barangan Terpakai
LB
Name:
Email Address:
Jenis Tempahan
Kuantiti Tempahan

Get your own free form like this one.